Justice League akan hadir dengan olahan baharu oleh Zack Snyder, iaitu pengarah asal bagi filem ini. Olahan ini adalah dengan membuang beberapa bahagian yang diarahkan oleh Joss Whedon dan memasukkan idea-idea asal Zack Sndyer. Filem ini akan melakukan beberapa penyuntingan semula dan juga penggambaran semula. Filem ini akan disiarkan di HBO Max pada tahun hadapan.
Zack sebelum ini telah pun mengacah beberapa perkara menarik. Contohnya adalah watak Darkseid sebagai penjahat, yang mana sebelum ini adalah Steppenwolf. Video acah baharu memfokuskan suara Lex Luthor dan reaksi Wonder Woman turut diperlihatkan. Terkini, Cyborg iaitu lakonan Ray Fisher – turut dilihat akan mempunyai rekaan semula. Bahagian sibernatik beliau adalah fokus utama, yang mana dilihat keseluruhan rekaan beliau akan diubahsuai. Rekaan baharu akan ada banyak elemen faset, iaitu permukaan licin, rata dan leper.
Ramai menantikan video acah penuh filem ini yang dijangka akan diperlihatkan pada acara DC Fandome bulan Ogos ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.