The King’s Man adalah filem prekuel Kingsman. Untuk filem ini, latar masanya adalah pada zaman perang dunia pertama – yang mana penzalim-penzalim seperti T.E. Lawrence, Herbert Kitchener dan Grigori Rasputin adalah dalang kepada perang dunia. Mereka juga dikatakan bersatu dengan lebih ramai penjahat/penzalim lain bagi mencetuskan satu perang baharu bagi membunuh jutaan insan tidak bersalah. Jadi, bagi menghentikan perang ini agensi perisikan The King’s Man terpaksa ditubuhkan dan ia disokong oleh tokoh-tokoh ternama.
Terkini, Fox telah menerbit video acah baharu. Dalam video acah kali ini ia memperlihatkan pelbagai aksi menarik dan menakjubkan. Akan ada penggunaan gajet baharu yang dicipta, senjata api, pedang dan banyak lagi aksi yang kejam dari penjahat. Disebabkan King’s Man masih baru diwujudkan, ahli-ahli masih buntu dan kesemua mereka cuba menjadi agensi penyelidikan yang membantu menyelamatkan dunia. Antara pelakon dalam filem ini adalah Ralph Fiennes, Harris Dickinson, Rhys Ifans, Tom Hollander, Daniel Bruhl, Gemma Arterton, Matthew Goode, dan Charles Dance.

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Februari. Namun atas pelbagai isu, seperti Covid-19 – filem ini kini disahkan akan ditayangkan pada 18 September. Bersama-sama dengan video acah baru ini, poster baharu turut diperlihatkan.