Beberapa tahun lepas, Imagineer melancarkan permainan Medabots Classic di konsol 3DS di mana ia merupakan permainan kompilasi berdasarkan siri Medabots yang dilancarkan di konsol Game Boy beberapa tahun lepas.
Terkini, mereka mengumumkan satu lagi permainan klasik koleksi siri tersebut turut akan tiba di konsol Switch iaitu Medabots Classic Plus.
Menurut laporan Gematsu, permainan ini akan dilancarkan pada 12 November 2020 ini buat pasaran Jepun yang mana ia akan dilancarkan dengan dua variasi iaitu Kabuto dan Kuwagata.
Melaluinya, permainan ini akan menyertakan lapan permainan di mana 3 daripadanya adalah permainan Medabots baharu di Game Boy Advance iaitu:
- Medabots (Game Boy, 1997)
- Medabots 2 (Game Boy Color, 1999)
- Medabots 3 (Game Boy Color, 2000)
- Medabots 4 (Game Boy Color, 2001)
- Medabots 5: Susutake Mura no Tenkousei (Game Boy Color, 2001)
- Medabots Navi (Game Boy Advance, 2001)
- Medabots G (Game Boy Advance, 2002)
- Medabots Two: CORE (Game Boy Advance, 2003)
Selain itu, versi permainan ini juga akan menyertakan fungsi untuk memudahkan pemain melengkapkan mini permainan dan juga edisi khas yang akan menyertakan kedua-dua versi bersama beberapa kandungan tambahan lain seperti muzik latar dan sebagainya.
Buat masa ini, permainan ini hanya akan tiba di pasaran Jepun dan Imagineer masih belum mengumumkan sebarang kemaskini berkenaan pelancarannya secara global.