Focus Home Interactive dan New World Interactive hari ini mengumumkan permainan Insurgency: Sandstorm yang asalnya akan tiba Ogos ini, disahkan tertunda.
Buat masa ini, masih tiada tarikh yang diumumkan dan menurut mereka dan menurut kenyataan mereka di atas, penundaan tersebut adalah disebabkan mereka ingin tingkatkan kualiti permainan memandangkan ini merupakan pertama kali mereka melancarkan permainan di konsol. Selain itu mereka juga berminat untuk melancarkan di konsol generasi seterusnya selain daripada pelancaran di konsol Xbox One dan PlayStation 4.
Insurgency: Sandstorm sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam beberapa tahun lepas.