Kingdom Hearts: Dark Road Bakal Tiba 22 Jun Ini

Selain daripada pengumuman Kingdom Hearts: Melody Of Memories, Square-Enix juga pada masa yang sama mengesahkan kandungan Kingdom Hearts: Dark Road buat permua Kingdom Hearts: Union χ turut akan dilancarkan pada 22 Jun 2020 ini.

Kandungan ini adalah khas di peranti iOS dan Android di mana ia memfokuskan pengembaraan watak Xehanort ketika remaja dengan penceritaan baharu dan bentuk permainan secara kad.

Selain itu, di dalam pengumuman yang sama, Square-Enix juga turut mengumumkan muzik latar rasmi Kingdom Hearts III juga akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini secara global.

Sohor Kini