Bermula hari ini sehingga 25 Jun 2020 ini, Warner Bros Games menawarkan permainan perlawanan Injustice: Gods Among Us secara percuma buat semua platform. Menariknya, tawaran tersebut adalah edisi Ultimate, sekaligus akan menyertakan kesemua watak-watak yang dilancarkan sebelum ini.

Injustice: Gods Among Us Ultimate Edition adalah permainan perlawanan berdasarkan dunia adiwira DC yang mana ia asalnya dilancarkan pada 2013 lepas. Permainan tersebut kemudiannya menerima sekuel di mana Injustice 2 dilancarkan pada 2017 lepas.

Namun tawaran hari ini adalah permainan pertamanya sahaja dan ia akan menyertakan bersama edisi Ultimate dengan penyertaan segala DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Bagi anda yang bermiant, anda boleh tebuskan permainan ini bermula hari ini sehingga 25 Jun ini melalui pautan di bawah mengikut platform.

Muat-Turun PS4: Injustice: Gods Among Us

Muat-Turun Xbox One: Injustice: Gods Among Us

Muat-Turun Steam: Injustice: Gods Among Us

Sohor Kini