Skip to main content

Moonton dan eGG Network minggu ini mengumumkan kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Invitational 4 Nation Cup (MPLI) akan diadakan pada hujung minggu ini.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000(~RM427,000) kejohanan ini akan meletakkan 12 pasukan daripada negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Myanmar untuk bertempur antara satu sama lain demi merebut wang hadiah.

12 pasukan tersebut terdiri daripada beberapa pasukan tempatan seperti Todak, Team SMG, Team Bosskurr dan semestinya Geek Fam. Manakala kejohanan ini akan menyertakan 3 pasukan daripada Singapura dan 6 pasukan daripada Indonesia. Manakala pasukan Myanmar pula, ia masih belum diumumkan atas sebab kejohanan MPL Myanmar masih lagi berlangsung.

Selain itu, Yoodo juga mengumumkan yang maan mereka turut terlibat sebagai telco rasmi kejohanan tersebut dan menurut Chow Tuck Mun, iaitu ketua Yoodo, beliau berasa berbesar hati untuk terlibat dengan kejohanan esukan ini.

Kejohanan Mobile Legends Bang Bang Professional League Invitational 4 Nation Cup (MPLI) akan berlangsung sepanjang minggu ini dan akan ditayangkan secara langsung di saluran rasmi eGG Network dan juga Astro arena (CH802 HD / CH801SD). Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh ke Facebook rasmi Mobile Legend Bang Bang dan eGG Network.

Leave a Reply