Skip to main content

Nexon dan Nat Games minggu ini mengumumkan satu permainan atas-talian MMORPG baharu iaitu V4 di mana ia akan dilancarkan secara percuma di PC dan juga peranti telefon pintar iOS dan Android.

Menurut Nexon, permainna ini akan dilancarkan secara global dan pra-pendaftarannya akan bermula 25 Jun 2020 ini melalui laman rasmi permainan tersebut.

V4 merupakan permainan atas-talian MMORPG yang mempunyai visual yang tinggi melalui penggunaan enjin permainan Unreal Engine 4 dan ia akan menyertakan sokongan rentas-platform antara versi permua dan PC.

Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan bentuk permainan kemajuan watak yang mendalam disamping bentuk koperasi berpasukan dengan pelbagai jenis musuh dan pengembaraan di dalam dunianya.

Bagi anda yang bermiant, apstikan anda memuat pra-pendaftaran permainan ini menjelang minggu hadapan.

Leave a Reply