Seperti diumumkan oleh Microsoft sebelum ini, Cyberpunk 2077 adalah antara permainan yang menyokong Smart Delivery di mana versi Xbox One boleh dinaik taraf secara percuma untuk versi Xbox Series X.

Hari ini, berdasarkan perbincangan bersama pelabur, CD Projekt Red mengesahkan perkara yang sama untuk versi PlayStation 4 di mana ia boleh dinaik taraf secara percuma apabila PlayStation 5 dikeluarkan kelak.

Dengan Cyberpunk 2077 tertunda sekali lagi ke bulan November, pengumuman ini adalah satu yang meyakinkan untuk pemain membuat keputusan dan tidak perlu menunggu untuk membeli versi konsol generasi baharu.

Selain itu, mereka juga mengatakan yang versi konsol generasi baharu akan menerima beberapa kemaskini semasa pelancaran dan sepanjang tahun 2021-2022 untuk mempertingkatkan kualiti secara keseluruhan.

Buat masa ini tidah disahkan bagaimana naik taraf ini berlaku tetapi berkemungkinan besar seperti FIFA 21 iaitu pemilik versi fizikal akan menggunakan cakera padat yang sama.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini