Awal minggu ini, EA dan EA Motive mengumumkan secara rasmi permainan baharu berdasarkan siri Star Wars iaitu Star Wars Squadrons akan dilancarkan tahun ini.

Terkini, melalui acara EA Play, mereka akhirnya memperlihatkan bentuk permainan tersebut secara rasmi yang mana ia kelihatan akan memfokuskan bentuk solo dan juga multi-pemain.

Berdasarkan video acah di atas, permainan ini akan menyertakan bentuk solo penceritaan yang mana pemain berupaya untuk memilih pasukan juruterbang Imperial ataupun Rebel. Menariknya, pemain boleh mengubah-suai rupa bentuk watak juruterbang pemain bersama-sama dengan tetapan dan jenis kelas jet pejuang.

Dari segi bentuk multi-pemain, permainan ini akan menyertakan pelbagai kandungan multi-pemain seperit mod pertempuran jet, mod Fleet dan juga hub sosial khas untuk pemain menetapkan tetapan pasukan jet pejuang dan sebagainya.

Star Wars: Squadrons akan dilancarkan pada 2 Oktober 2020 di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC dengan sokongan rentas platform. Ia juga menyertakan mod realiti maya untuk PSVR dan juga PC.

Sohor Kini