Sebelum ini kami kongsikan permainan Rocket Arena yang dibangunkan oleh Final Strike Game akan dilancarkan oleh Nexon.
Kini, ketika acara EA Play, tampaknya permainan tersebut kini akan diterbitkan oleh EA, malah ia akan dilancarkan pada bulan hadapan iaitu pada 14 Julai 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Origin dan Steam. Menariknya, Final Striek Games juga mengesahkan ia akan menyokong rentas-plaftorm.
Seperti yang kami laporkan, Rocket Arena memfokuskan bentuk permainan penembak pandang ketiga sebanyak 3 lawan 3 di mana kesemua watak mempunyai senjata Roket. Menariknya, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai watak dengan kemahiran yang berbeza.
Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Julai ini.