Skip to main content

Ketika acara EA Play hari ini, Electronic Arts (EA) akhirnya mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan permainan seterusnya buat siri Skate.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya tidak dikongsikan namun, pengarah kreatif permainan tersebut iaitu Cuz Parry menyatakan permainan tersebut akan kembali hasil daripada sokongan peminat buat siri tersebut.

Skate merupakan permainan simulasi papan luncur yang mula dilancarkan pada 2007 lepas. Ia kemudiannya menerima dua permainan sekuel iaitu Skate 2 dan Skate 3.

Leave a Reply