The Sims 4, Titanfall 2, Deadspace 3 dan A Way Out Kini Tiba Di Steam

Seperti kita sedia maklum, EA mula menawarkan sebilangan permainan mereka di Steam selepas sekian lama ditawarkan secara eksklusif melalui platform mereka sendiri iaitu Origin.

Semasa EA Play Live, mereka telah mengumumkan beberapa permainan lagi iaitu The Sims 4, Titanfall 2, Deadspace 3 dan A Way Out kini ditawarkan di Steam selain mengesahkan sekali lagi yang EA Access akan tiba pada suku keempat tahun ini.

Bagi The Sims 4, kesemua penambahan juga tiba ditawarkan di mana anda boleh dapatkan kesemuanya dengan harga lebih RM2 ribu.

Sohor Kini