Cyberpunk 2077 Ditunda Ke Bulan November

CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang Cybepunk 2077 ditunda sekali lagi, berbanding 17 September, ia kini akan dikeluarkan pada 19 November 2020, iaitu penundaan lebih kurang 2 bulan.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsi, mereka sudah menyiapkan kesemua permainan tersebut, tidak kira misi utama ataupun kandungan sampingan. Namun, oleh kerana ia menyertakan kandungan tersebut dengan jumlah yang besar, mereka memerlukan lebih masa untuk memastikan kesemua berfungsi dengan baik.

Tambah mereka lagi, beberapa media terpilih telah berpeluang untuk mencuba permainan tersebut dan mereka akan berkongsi lanjut mengenai bentuk permainan tersebut selepas Night City Wire yang berlangsung pada 25 Jun ini.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini