Lightbulb Crew dan Focus Interactive mengumumkan permainan aksi strategi seram Othercide akan dikeluarkan pada 28 Julai untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga diumumkan untuk Switch tetapi tarikh pelancaran akan diumumkan kemudian.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Berdasarkan video bentuk permainan, Othercide boleh dikatakan sebagai permainan strategi mengikuti turutan dengan kata lain seakan XCOM. Apa yang menarik adalah arahan seni di dalam permainan ini sangat menarik dan membawanya kepada genre permainan seram.

Pemain akan mengetuai tentera yang digelar sebagai “Daughters”. Di mana setiap daripadanya akan terus mendapat penambahan kuasa setiap kali berjaya mengharungi setiap pertempuran. Ia juga dikatakan satu permainan sukar, di mana pemain boleh mengorbankan satu Daughter untuk menyelamatkan Daughter yang lain.

Bagi anda yang berminat, ia sudah oleh di pra-tempah di Steam dengan harga RM84.15, Xbox Store dengan harga $33.99. Manakala untuk PS Store ia akan boleh di pra-tempah tidak lama lagi.

Sohor Kini