Skip to main content

Epic Games hari ini akhirnya melancarkan musim ke-3 buat Fortnite Chapter 2 secara rasmi di mana kini ia menyertakan kandungan baharu yang bertemakan taman tema air.

Sebelum ini kami melaporkan yang mana pelancaran musim ini telah ditunda akibat protes di Amerika Syarikat dan kini ia akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Seperti biasa, pelancaran musim baharu ini bukan sahaja akan menyertakan lokasi baharu di dalam pulau besar Fortnite, malah pelbagai kandungan kostum, Battle Pass dan sebagainya yang pemain boleh dapatkan.

Antara perubahan besar semestinya peta permainan di mana kali ini sebahagian besar peta tersebut ditenggelami air selepas banjir dan pemain juga akan tempuhi musuh yang diapnggil Marauders yang akan menghalang pemain.

Selain itu, seperti biasa pelancaran musim baharu ini juga akan menyertakan Battle Pass baharu yang menyertakan pelbagai kostum yang pemain boleh dapatkan, antaranya adalah kostum Aquaman daripada siri filem DCEU.

Fortnite boleh dimainkan secara percuma di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga versi permua di peranti iOS dan Android.

Leave a Reply