Skip to main content

Ubisoft hari ini mengumumkan yang pemain boleh mencuba permainan Assassin’s Creed Origins secara penuh bermula pada 9 malam, 19 Jun sehingga 4 pagi, 22 Jun. Untuk tidak membazirkan masa, anda boleh mula memuat-turun dan memasang permainan tersebut bermula sekarang.

Jika tidak mengambil kira kandungan tambahan serta sampingan, penceritaan utama untuk permainan ini boleh dihabiskan dalam masa 30 jam, jadi anda boleh bermain sehingga tamat dengan masa yang singkat tersebut.

Assassin’s Creed Origins merupakan permainan Assassin’s Creed di mana Ubisoft menyertakan pelbagai perubahan yang menjadikan siri ini terasa segar. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

[download]Uplay: Assassin’s Creed Origins[/download]

Leave a Reply