1 Juta Pemain Telah Mencuba Permainan Mini Borderlands Science

Gearbox Software minggu ini mengumumkan yang mereka telah mencapai kejayaan baharu untuk permainan mini untuk Borderlands 3 iaitu Borderlands Science di mana telah terdapat 1 juta pemain yang telah mencuba permainan tersebut.

Borderlands Science merupakan permainan mini di mana pemain akan menyusun blok, akan tetapi ia bukan sekadar permainan biasa kerana setiap susunan yang dilakukan oleh pemain akan memberikan data kepada saintis. Anda boleh membaca lanjut mengenainya di pautan ini.

Jika anda memiliki Borderlands 3, anda masih lagi boleh mencuba permainan mini ini dan membantu saintis serata dunia.

Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Sohor Kini