Seperti beberapa liga bola sepak di Eropah, Premier League iaitu liga utama di England juga telah kembali dengan beberapa perlawanan semalam. Namun, satu perkara yang masih tidak kembali adalah penonton di mana perlawanan berlaku di stadium yang kosong kerana pandemik Covid-19.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi penonton di rumah, penyiar rasmi perlawanan iaitu Astro di Malaysia telah menggunakan bunyi sorakan yang diambil dari permainan FIFA 20. Jika anda terlepas untuk menonton perlawanan semalam, anda boleh mendengarnya melalui ulang tayang di bawah.

Berdasarkan kenyataan oleh EA, mereka mengelarkan sistem ini sebagai “Atmospheric Audio” di mana mereka telah menyediakan lebih 13 jam bunyi yang mempunyai lebih 1300 aset berlainan.

Apa yang kami boleh katakan ia dilakukan dengan baik walaupun mempunyai sedikit kelewatan di antara aksi dan bunyi.

Sohor Kini