Skip to main content

Doom Patrol musim kedua bakal disiarkan di HBO Max dan DC Universe secara eksklusif pada 25 Jun ini. Video acah pertama dan sinopsis telah pun diperlihatkan sebelum ini, yang mana pasukan Doom Patrol mempunyai pengembaraan baru – iaitu mencari anak perempuan Dr. Niles. Melalui video acah sebelum ini, setiap ahli dalam pasukan ini telah berbaik dan semakin bersemangat untuk menjadi adiwira.

Malam tadi, video acah yang dilanjutkan telah diterbitkan. Dalam video acah ini, beberapa ahli Doom Patrol telah menjadi kecil dan perlu menggunakan kuasa magis untuk kembali ke saiz normal. Bukan itu sahaja, Dr. Niles mendedahkan yang beliau telah berusia lebih 100 tahun dan tidak sihat – mungkin ajal sudah tiba. Turut kelihatan adalah beberapa watak baru dan watak Crazy Jane yang kembali menjadi gila kerana personaliti lain beliau menghadapi satu masalah.

Siri TV ini buat masa ini eksklusif di HBO Max dan DC Universe sahaja, tidak seperti Titans yang disiarkan di Netflix. Cara untuk tonton siri TV ini adalah melanggan salah satu platform melalui Google Play Store dan gunakan VPN Amerika Syarikat untuk akses.

Leave a Reply