Minggu lepas ,Guerrilla Games dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan sekuel kepada Horizon Zero Dawn iaitu Horizon Forbidden West akan dilancarkan di konsol PlayStation 5.

Terkini melalui video khas bersama pembangun, Guerrilla Games mengumumkan yang mana permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan tahun hadapan.

Melalui video di atas, Mathijs De Jonge iaitu pengarah permainan tersebut berkongsi beberapa informasi lanjut berkenaan Horizon Forbidden West di mana pemain sekali lagi akan bermain sebagai Aloy dari puak Nora. Menurut beliau lagi, tajuk “Forbidden West” adalah berdasarkan lokasi permainan ini di mana ia memfokuskan kawasan Amerika Syarikat, Utah sehingga lautan pasifik.

Dengan kuasa PlayStation 5, Mathis juga menyatakan dunia permainan Horizon Forbidden West akan menjadi lebih terperinci dan meluas. Menariknya, dengan kuasa SSD, beliau juga menyatakan permainan tidak akan mempunyai sebarang skrin permuatan ketika bermain dan juga ketika “Fast Travel”.

Dunia permainan Horizon Forbidden West juga dikembangkan dengan lokasi peta yang lebih meluas di mana pemain berupaya untuk menyelam di dalam sungai dan juga menemui pelbagai jenis raksasa mesin baharu. Melalui permainan ini, Guerrilla Games juga mengesahkan ia akan menyertakan dua puak baharu di mana sebahagiannya ada yang bermusuhan.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan setakat ini, semestinya permainan ini kelihatan sangat menarik sekali dan kami di Aksiz juga tidak sabar untuk bermainnya menjelang tahun hadapan.

Sohor Kini