Ketika acara Pokémon Presents hari ini, Nintendo dan The Pokémon Company mengumumkan pelbagai permainan baharu yang akan tiba bukan sahaja di konsol Switch malah peranti telefon pintar. Antara yang diumumkan adalah Pokémon Smile, New Pokémon Snap dan juga Pokémon Cafe Mix.

Meskipun begitu, persembahan video tersebut, Nintendo masih lagi menyertakan pelbagai lagi pengumuman lain di mana berikut adalah beberapa kemaskini pengumuman yang diumumkan.

Perkara pertama adalah acara tahunan Pokémon GO Fest yang mana kini ia berlangsung buat mereka yang masih bermain permua tersebut. Selain itu, Nintendo juga mengumumkan Mega Evolution akan tiba di Pokémon GO.

Buat masa ini tiada tarikh rasmi mahupun bentuk permainan Mega Evolution yang diperlihatkan. Namun bagi anda yang mengikuti siri Pokémon, anda pasti mengetahui berkenaan Mega Evolution di mana ia adalah evolusi seterusnya buat Pokémon yang mula diperkenalkan ketika siri Pokémon X dan Y.

Pengumuman seterusnya pula adalah buat permainan Pokémon Sword dan Shield di mana pernambahan The Isle Of Armor kini akhirnya dilancarkan secara rasmi.

Selain itu pada masa yang sama, Nintendo juga acara Max Raid Battles khas kini berlangsung di permainan tersebut bermula 17 sehingga 28 Jun ini di mana pemain berpeluang untuk dapatkan Zeraora. Menariknya, setelah 1 juta pemain berjaya tumpaskan Pokémon, Nintendo akan memberi hadiah Shiny Zeraora secara percuma.

Selain itu, Nintendo juga umum pelbagai kandungan kostum dan avatar khas yang pemain boleh dapatkan melalui permua Pokémon GO bersempena dengan pelancaran pernambahan The Isle Of Armor buat Pokémon Sword dan Shield.

Akhir sekali, Nintendo dan The Pokémon Company juga mengumumkan satu lagi acara Pokémon Presents akan diadakan minggu hadapan pada 24 Jun 2020 ini untuk satu lagi pengumuman baharu oleh mereka. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut menjelang minggu hadapan.

Sohor Kini