Selain daripada pengumuman New Pokémon Snap dan Pokémon Smile, Nintendo dan The Pokémon Company sebentar tadi turut mengumumkan permainan baharu Pokémon Cafe Mix di mana ia akan tiba di konsol Switch dan juga peranti telefon pintar pada 24 Jun 2020 ini.

Menurut Nintendo, Pokémon Cafe Mix akan dilancarkan secara percuma dan akan menyertakan mikro-transaksi untuk kandungan permainan.

https://twitter.com/Pokemon/status/1273241151332630530

Pokémon Cafe Mix merupakan permainan tekaria yang mana pemain perlu melengkapkan sebilangan peringkat tekaria untuk menghasilkan minuman khas buat pelanggan. Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, pemain seakan perlu menghubungkan ikon-ikon Pokémon yang sama untuk menghasilkan satu rangkaian berdasarkan ikon yang diberi. Ianya sedikit sebanyak mengingatkan kami akan beberapa permainan tekaria yang sering berada disertakan di telefon pintar.

Selain itu, setiap kali pemain berjaya melengkapkan tekaria, pemain juga boleh menghias kafe pemain dengan pelbagai perabot dan barangan di samping bertemu pelbagai jenis Pokémon yang akan melawat kafe pemain.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan secara percuma bermula minggu hadapan.

App Store: Pokemon Cafe Mix

Play Store: Pokemon Cafe Mix

Nintendo eShop: Pokemon Cafe Mix

Sohor Kini