New Pokémon Snap Diumumkan Buat Konsol Switch

Permainan Pokémon Snap yang dilancarkan di konsol Nintendo 64 beberapa tahun lepas semestinya salah satu permainan kesukaan ramai di mana ia mempunyai bentuk permainan yang ringkas dan memfokuskan pemain untuk menangkap foto Pokémon.

Kini, ketika acara Pokémon Present khas, Nintendo dan The Pokémon Company mengumumkan yang mana permainan tersebut akan kembali di konsol Switch sebagai permainan New Pokémon Snap.

Seperti permainan asal, New Pokémon Snap sekali lagi akan memfokuskan pemain untuk bermain sebagai jurufoto dan menangkap pelbagai foto-foto Pokémon disamping bergerak di dalam satu litar kereta api.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

Sohor Kini