Skip to main content

Capcom hari ini akhirnya mengumumkan kejohanan Capcom Pro Tour Online 2020 kini dibuka buat pemain di Asia Tenggera yang mana ia terdiri daripada negara Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan semestinya Malaysia.

Kejohanan permainan Street Fighter V: Complete Edition akan menyertakan bentuk pertandingan secara atas-talian antara 10 rantau dan pemenang akan berpeluang ke pusingan akhir iaitu Capcom Cup 2020.

Bagi anda yang berminat, pendaftaran kejohanan ini kini dibuka dan ia akan tamat pada 22 Jun 2020 ini pada jam 12 tengah hari.

Untuk segala informasi lanjut termasuklah pautan pendaftaran dan pautan peraturan, anda boleh ke pautan ini.

Leave a Reply