Pengakhiran The Umbrella Academy musim pertama tergantung begitu sahaja. Five telah membawa adik-beradik mereka mengembara ke masa lain bagi menyelamatkan diri mereka dari mati dek kerana bencana yang berpunca dari Vanya. Sudah dijangka, kesinambungan siri TV ini akan diteruskan untuk musim kedua – yang mana disahkan akan disiarkan pada 31 Julai ini. Namun tiada sinopsis yang dikongsi dan tiada video acah lagi.

Terkini, Netflix Malaysia telah memberi kami sinopsis bagi The Umbrella Academy musim kedua. Selepas Five membawa adik-beradik beliau mengembara ke masa, mereka tidak “mendarat” pada masa yang sama. Sebaliknya bercampur aduk di garis masa berlainan. Jarak masa antara setiap garis masa adalah tiga tahun dan ia bermula pada tahun 1960. Kecuali Five yang mendarat ke masa hadapan di dalam keadaan dunia yang sudah musnah (ingat atau tidak adegan musim pertama?). Ada di antara mereka sudah pun memulakan hidup baru dan tidak hiraukan apa yang sebenarnya berlaku. Dalam musim kedua ini, mereka perlu mencari jalan bagaimana untuk kembali bersama dan pulang ke garis masa yang asal. Tetapi, terdapat tiga pembunuh baharu memburu mereka.

Jelas di sini, musim baru ini akan memfokuskan kepada pengembaraan masa dan juga mencari jalan apa yang berlaku sebenarnya dan apakah punca sebenar bencana tahun 2019 itu berlaku. Di samping itu, mereka akan berhadapan dengan pembunuh baharu seperti mana musim pertama. Cuma musim lepas hanya dua pembunuh, musim kali ini ada tiga. Tidak pasti sama ada adakah pembunuh ini dari organisasi yang sama ataupun tidak. Apa yang penting, saya tidak sabar untuk saksikan musim kedua ini. Sama-sama kita nantikan ketibaan tarikh 31 Julai.

Sohor Kini