Gearbox Publishing hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Duke Nukem 3D: 20th Anniversary World Tour buat konsol Switch pada 23 Jun 2020 ini.

Duke Nukem 3D: 20th Anniversary World Tour sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC di mana ia merupakan permainan pernambah-baikkan buat siri Duke Nukem yang dilancarkan lebih dari 20 tahun lepas.

Melalui permainan ini, Gearbox Publishing menyatakan yang mana mereka kaan menyertakan beberapa kandungan khas buat konsol Switch seperti sokongan kawalan secara pergerakan menggunakan Switch dan juga bentuk multi-pemain secara setempat.

Permainan ini juga menyertakan beberapa kandungan tambahan yang dilancarkan sebelum ini termasuklah pernaik-tarafan visual dan sokongan untuk mengubah ke visual 1996.

Bagi anda yang berminat, ia kini boleh dipra-tempah di Nintendo eShop dengan harga $4.99(~RM21) berbanding harga asal $9.99(~RM43).

Sohor Kini