Skip to main content

GAME Freaks hari ini telah menyenaraikan permainan Little Town Hero mereka di Steam, di mana ia akan dilancarkan pada 1 Julai ini. Namun, buat masa ini harga masih tidak dinyatakan.

Little Town Hero merupakan permainan RPG yang sudah dikeluarkan untuk Switch pada tahun lepas, ia juga akan tiba untuk PlayStation 4 pada 23 Jun ini.

Ia memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen strategi yang sangat mendalam. Ini sekaligus memberi bentuk permainan yang sangat mendalam di samping bentuk taktikal buat pemain untuk mempertahan perkampungan tersebut.

Leave a Reply