Jika sebelum ini Itch.io berjaya mengutip lebih RM38 juta dengan tawaran lebih 1700 permainan video, Humble bermula hari ini menawarkan satu berkas yang menyertakan lebih 50 permainan dan juga buku bernilai lebih RM5000 dengan bayaran minima sebanyak $30(~RM128).

Berikut adalah permainan video yang ditawarkan di dalam berkas ini;

  • Football Manager 2020
  • Hyper Light Drifter
  • NBA 2K20
  • Framed Collection
  • Darkest Dungeon

Manakala buku pula berikut adalah antara judul yang ditawarkan;

  • Attack on Titan Anthology
  • Twelve Years A Slave
  • Six Days in Cincinnati3
  • We Are the Change: Words of Inspiration from Civil Rights Leaders

Bayaran yang diperoleh daripada berkas ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang berkait dengan keadilan perkauman. Ia ditawarkan sehingga 23 Jun 2020, dan semasa penulisan ini telah mengutip lebih RM4 juta.

Dapatakan Berkas Humble Fight for Racial Justice Bundle

Sohor Kini