Train To Busan adalah filem zombi dari Korea Selatan yang menarik. Ia tidak dinafikan memberi satu pengalaman menonton yang mengasyikkan dengan jalan cerita yang seronok dan perwatakan yang hebat. Bulan April lalu, kami telah melaporkan yang filem ini mempunyai sekuel – iaitu Peninsula. Filem ini berlaku empat tahun selepas kejadian Train To Busan dan memperlihatkan, manusia yang berjaya teruskan hidup telah mempunyai kelompok tersendiri, ada yang jahat, ada yang baik dan ada juga pertempuran kejam yang dipaksa antara manusia dan zombi.

Terkini, video acah baharu telah diperlihatkan. Video ini jujur tidak begitu menjelaskan sinopsis penuh filem ini. Ia memaparkan beberapa aksi hebat, cara rakaman yang menarik dan sinematografi kreatif yang menggerunkan. Suasana dilihat gelap dan suram, banyak penggunaan CGI yang berkualiti tinggi dan berkemungkinan akan ada konflik antara kelompok. Watak juga dilihat baru dan banyak menggunakan senjata api. Namun, tarikh tayangan masih belum diumumkan – sama-sama nantikan di Aksiz untuk perkembangan lanjut.

Sohor Kini