Steam Game Festival akhirnya bermula hari ini, ia merupakan acara yang ingin memberi peluang kepada pemain untuk mencuba pelbagai permainan secara percuma, termasuk juga permainan yang masih tidak dilancarkan.
Secara keseluruhan terdapat lebih seratus permainan untuk anda cuba termasuk juga permainan oleh pembangun Malaysia iaitu Bake ‘n Switch, Destroy All Humans, Everspace 2, The Survivalist dan Heavy Rain.
Selain itu, anda juga boleh tonton pelbagai temubual bersama dengan pembangun serta sesi bermain untuk permainan-permainan yang ditawarkan.
Untuk senarai penuh permainan yang ditawarkan, anda boleh pergi ke pautan yang kami sertakan di bawah. Ia akan berlangsung sehingga 23 Jun 2020.
[info]Cuba permainan secara percuma di Steam Game Festival[/info]