CD Projekt Red hari ini mengumumkan yang pemilik permainan The Witcher: Wild Hunt boleh dapatkan permainan tersebut versi GOG (PC) secara percuma.
Ia bukan sahaja untuk pemilik permainan tersebut di PlayStation 4 dan Xbox One tetapi juga untuk anda yang memiliki permainan itu di Steam dan Epic Games. Manakala untuk versi Switch, buat masa ini ia tidak ditawarkan.
![](https://aksiz.com/wp-content/uploads/2020/06/the-witcher-1024x561.jpg)
Cara untuk mendapatkan versi GOG iaitu versi yang tidak mempunyai DRM adalah dengan menggunakan GOG Galaxy 2.0. Anda perlu menyertakan perpustakaan permainan anda di platform yang memiliki permainan The Witcher 3 di GOG Galaxy 2.0 untuk mendapatkannya.
Tawaran ini adalah sehingga 7 malam, 23 Jun 2020, pastikan anda tidak terlepas tawaran menarik ini.