Ninjala iaitu permainan pertempuran multi-pemain arena yang akan tiba di konsol Switch pada penghujung bulan ini secara percuma, akhirnya menerima satu video acah baharu khas yang memperlihat bentuk penceritaan.
Menurut GungHo Online Entertainment, bentuk penceritaan Ninjala akan tiba secara berbayar di mana ia merupakan misi penuh khas yang akan menyertakan kandungan penceritaan dalam bentuk buku komik. Selain itu, bagi mereka yang melengkapkan bentuk penceritaan ini, mereka juga akan menyertakan kandungan khas buat pemain guna di dalam bentuk multi-pemain.
Berdasarkan laporan, kandungan penceritaan permainan ini juga akan ditambah pada masa akan datang untuk mengembangkan lagi plot penceritaan permainan ini. Namun dari segi harga rasmi buat kandungan ini, ia masih belum diumumkan.
Sebelum ini, GungHo Online Entertainment juga mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi fizikal khas buat permainan ini di mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan.
Selain itu, GungHo Online Entertainment juga minggu ini memperlihatkan satu video acah khas yang memperlihatkan kandungan musim pertama buat permainan tersebut di mana ia kelihatan akan menyertakan pelabgai kostum buat watak-watak di dalam pemain yang mana ia boleh didapatkan melalui pas musim permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak.
Ninjala adalah permainan multi-pemain yang dibangunkan khas di konsol Switch secara percuma dan ia bakal dilancarkan pada 25 Jun 2020 ini.