Bandai Namco hari ini akhirnay melancarkan watak DLC kedua buat permainan perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows iaitu Lightning Max secara rasmi.

Melalui DLC ini, selain daripada menggunakannya untuk bertempur, pemain juga berpeluang untuk bermain kandungan penceritaan khas buat adiwira tersebut dan pada masa mendapat pelbagai kelengkapan khas untuk avatar pemain.

Lightning Max merupakan adiwira berkelas A di mana beliau mempunyai kuasa kelajuan yang pantas di samping tendang yang sangat kuat dengan menggunakan mesiu yang terdapat di dalam kasutnya.

Bagi anda yang berminat, watak DLC Lightning Max boleh dibeli secara berasingan ataupun secara berkas melalui pas musim permainan tersebut dengan harga sekitar RM79 di PSN Store.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini