Bandai Namco hari ini berkongsi satu video baharu khas buat permainan Sword Art Online: Alicization Lycoris di mana ia memperlihatkan video pembukaan permainan tersebut dengan lagu rasmi iaitu Scar/let oleh Reona.

Melalui video tersebut, ianya juga memperlihatkan beberapa watak yang akan kembali di dalam pengembaraan Kirito di dalam dunia Underworld iaitu Sinon, Leafa, Lisbeth dan Silica.

Menariknya juga, Bandai Namco juga mengesahkan watak-watak tersebut turut boleh disertakan di dalam pasukan pemain untuk membantu pemain ketika bertempur.

Sword Art Online: Alicization Lycoris sekali lagi akan meletakkan pemain bermain sebagai Kirito di mana beliau akan mengembara di dunia Underworld, dan semestinya ianya adalah berdasarkan siri anime Sword Art Online yang memfokuskan bahagian Alicization.

Sword Art Online: Alicization Lycoris akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 10 Julai 2020 ini.

Sohor Kini