Dengan keadaan ramai pembangun yang bekerja dari rumah, Nintendo hari ini mengumumkan satu permainan baharu hasil daripada permainan yang dibangunkan dari rumah oleh mereka iaitu Jump Rope Challenge.

Menurut Nintendo, permainan ini dibangunkan oleh beberapa pembangun dari Nintendo di rumah ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jepun di mana melalui permainan ini.

Melalui permainan ini, pemain akan menggunakan alat kawalan JoyCon secara maya untuk menghasilkan satu lompatan tali seperti dalam lompat tali nyata sekaligus ia akan menghasilkan satu aktivit fizikal buat pemain. Dengan menyertakan mod pengiraan jumlah lompatan dan mod multi-pemain, permainan ini bertujuan untuk pemain melakukan aktiviti fizikal ketika berada di rumah.

Bagi anda yang berminat, Jump Rope Challenge boleh dimuat-turun secara percuma di konsol Switch melalui Nintendo eShop sehingga penghujung September ini. Anda boleh ke pautan di bawah untuk memuat-turunnya.

Muat-Turun: Jump Rope Challenge

Sohor Kini