Skip to main content

AT&T iaitu pemilik untuk WarnerMedia dilaporkan ingin menjual bahagian permainan video bagi syarikat tersebut iaitu Warner Bros Interactive. Antara syarikat yang berminat adalah Take-Two, Activision Blizzard dan juga EA.

Di bawah Warner Bros Interactive terdapat lebih kurang 10 studio pembangun iaitu di antaranya adalah Avalanche Software, Monolith Productions, NetherRealms Studios dan juga Rocksteady Studios.

Antara permainan di bawah mereka adalah Mortal Kombat 11, Middle-Earth, Batman dan Lego. Kebanyakan permainan adalah menggunakan IP di bawah Warner, di mana mereka mungkin akan memberikan lesen untuk pemilik baharu bagi membolehkan mereka terus menggunakan IP tersebut.

Berdasarkan laporan itu lagi, jumlah yang diinginkan oleh AT&T adalah dalam lingkungan $4 bilion (~RM17 bilion).

Leave a Reply