HBO Max adalah platform penstriman video yang besar. Ia dimiliki oleh WarnerMedia dan mungkin boleh menandingi Netflix kerana kandungannya terlampau banyak. WarnerMedia memiliki pelbagai hak IP, seperti DC, pelbagai Anime, HBO dan banyak lagi. HBO Max masih lagi terhad kepada beberapa negara sahaja, tetapi semangat mereka untuk mempromosikan platform ini adalah dahsyat dan jelas mereka amat bersungguh-sungguh.

Terknini, AT&T dan WarnerMedia bekerjasama dengan DC Comics untuk hadir dengan komik “To The Max“. Ia adalah komik berasaskan nama HBO Max itu sendiri. Seperti nama Max yang membawa maksud maximum atau maksima – komik ini mengisahkan beberapa individu luar biasa yang cuba mencapai potensi maksimum mereka dengan berubah menjadi adiwira untuk menentang musuh bersama-sama dengan adiwira anjing bernama Max The Dog.

Nama adiwira dalam komik itu sendiri adalah HBO Max, iaitu Hector, Brian, Olivia & Max The Dog. Hector adalah seorang cikgu sekolah yang menemui satu peranti misteri dan telah menghantar beliau ke angakasa untuk misi menyelamat. Brian pula adalah pengajar skuba, yang berubah menjadi adiwira dan perlu menyelamatkan orang ramai di Singapura dari ribut dahsyat. Olivia pula adalah pelawak yang menjadi adiwira dan menentang perompak di sebuah kasino di Las Vegas.

Dalam komik ini, ia mempunyai banyak petunjuk bagi pembaca melanggan HBO Max dan turut ada dialog yang mempromosikan kandungan HBO Max. Setiap watak juga jelas mengambil inspirasi dari komik-komik DC lain, seperti Hector jelas adalah Superman versi angkasa, Brian adalah Aquaman dan Olivia adalah versi alternatif untuk Elasticity.

Komik ini dilihat percuma untuk dibaca dan mempunyai tiga siri berbeza yang memfokuskan setiap watak. Bagi yang berminat, boleh klik ke pautan di bawah untuk baca. Komik ini tiada masalah untuk diakses di Malaysia, tetapi HBO Max masih lagi terhad.

Sohor Kini