Star Wars Celebration merupakan antara acara peminat terbesar untuk francais Star Wars, ia sering menjadi acara di mana filem ataupun siri baharu diumumkan.

Ia sepatutnya akan berlangsung Ogos ini di Anaheim, Amerika Syarikat. Hari ini, Reedpop dan Lucasfilm mengumumkan penganjuran acara tersebut bagi tahun ini telah dibatalkan, dan akan kembali pada 18-21 Ogos 2022 dengan kata lain, acara tersebut juga tidak dianjurkan pada tahun 2021.

Mereka mengatakan ia adalah selepas mendapat nasihat daripada pihak tempatan serta mengambil kira keadaan terkini pandemik Covid-19.

Bagi peminat yang sudah memiliki tiket untuk acara tersebut, mereka boleh menukar tarikh ke tahun 2022, ataupun menukarnya kepada kredit untuk pembelian barangan Star Wars dan juga mendapat pulangan wang.

Sohor Kini