Skip to main content

Naib Presiden Pengalaman Pengguna Untuk PlayStation Matt MacLaurin telah berkongsi gambar rekaan PlayStation 5 di laman LinkedIn beliau di mana beberapa pengguna telah mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai rekaan antara muka bagi PS5.

Beliau mengatakan yang antara muka untuk PS5 kelah akan diubah secara menyeluruh di mana mereka memfokuskan ‘pembersihan’ fungsi utama dan menjadikan ia lebih praktikal berbanding hanya nampak cantik. Ia juga akan menyertakan beberapa konsep baharu.

Pengumuman lanjut mengenai antara muka ini akan dikongsi kemudian, selain itu beliau juga mengesahkan yang PS5 juga mempunyai edisi terhad selepas ditanya jika ia akan hadir dengan warna hitam.

Perkara ini berbeza dengan Microsoft di mana Editor The Verge Tom Warren mengatakan yang antara muka untuk Xbox Series X adalah sama seperti Xbox One tetapi disertakan beberapa fungsi baharu yang hadir untuk konsol tersebut.

Leave a Reply