Skip to main content

Larian Studio hari ini mengumumkan penambahan percuma terbesar untuk permainan Divinity: Original Sin 2 iaitu The Four Relics of Rivellon yang akan menyertakan misi, penceritaan dan juga penjahat baharu. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Melaluinya pemain akan mengembara di Rivellon untuk mencari 4 perisai khas.

Penambahan ini adalah percuma untuk semua pemilik di mana ia akan disertakan terus ke dalam permainan untuk PlayStation 4, Xbox One, PC dan juga Switch.

Leave a Reply