SCRYSoft dan EXOR Studios minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan versi fizikal buat permainan X-Morph: Defense Complate Edition buat pasaran Malaysia di konsol PlayStation 4.
Menurut penerbit, permainan ini akan tiba pada 2 Julai 2020 ini dan ia merupakan versi lengkap permainan tersebut yang menyertakan 3 penambahan yang dilancarkan sebelum ini. Menariknya, versi fizikal yang akan dilancarkan adalah versi bekas besi khas.
X-Morph: Defense merupakan permaina pertahanan yang memfokuskan bentuk strategi di mana anda boleh membina bangunan dan jambatan untuk mengubah laluan musuh dan pada masa yang sama, menghalang mereka. Menariknya, permainan ini juga menyokong bentuk multi-pemain secara skrin pembahagian.
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di pelbagai platform dan kini dengan versi fizikal ini, SCRYSoft menyatakan mereka akan menyertakan 3 DLC utama yang dilancarkan sebelum ini iaitu European Assault, Survival Of The Fittest dan The Last Bastion.