Skip to main content

Seperti yang diumumkan oleh Bandai Namco sebelum ini, permainan perlawanan Jump Force yang dilancarkan tahun lepas akhirnya akan tiba di konsol Switch. Terkini, mereka akhirnya tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu ia bakal tiba pada 27 Ogos 2020 ini.

Melalui pelancaran ini, Bandai Namco akan menyertakan edisi Deluxe yang menyertakan kesemua watak DLC yang dilancarkan sebelum ini.

Seperti anda sedia maklum, Jump Force merupakan permainan perlawanan yang menyertakan pelbagai watak anime dari siri majalah komik Shonen seperti Goku dari Dragon Ball, Luffy dari One Piece, Ichigo dari Bleach, Naruto dan sebagainya.

Dengan edisi Deluxe ini, Bandai namco akan meneyrtakan kesemua watak-watak DLC yang dilancarkan sebelum ini sekaligus meletakkan lebih dari 50 watak tersedia.

Menariknya juga, buat mereka yang membuat pembelian awal, Bandai Namco juga akan sertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum dan pod Frieza buat watak yang pemain mainkan di dalam permainan ini.

Selain itu, versi Switch ini juga akan menyertakan beberapa bentuk permainan baharu iaitu bentuk permainan sehingga 6 pemain di dalam pertempuran luar talian dan juga setempat.

Jump Force sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC di mana kami sebelum ini telah pun mengulaskannya. Manakala bagi versi Switch, ia akan tiba Ogos ini.

Leave a Reply