HBO Go Ditamatkan Bagi Mengelak Kekeliruan Dengan HBO Max

HBO Max adalah platform penstriman terbaru dari WarnerMedia yang membawakan pelbagai kandungan HBO dan juga boleh dikatakan hampir kesemua kandungan yang hak IP dipegang oleh mereka. Ia adalah pesaing kepada Netflix, kerana turut hadir dengan kandungan asli yang eksklusif untuk paltform ini sahaja.

Tetapi ini menjadikan kekeliruan bagi pengguna luar negara seperti Amerika Syarikat yang kini mempunyai HBO Now, HBO Go dan HBO Max. Jadi, bagi mengelakkan kekeliruan ini – HBO Go telah ditamatkan. Manakala HBO Now dijenamakan kepada HBO, secara tidak langsung kini hanya ada sahaja platform penstriman video mereka – iaitu HBO dan HBO Max. Pengguna HBO Go sedia ada boleh sahaja akses terus ke HBO yang mana turut layak untuk mengakses HBO Max.

Untuk pengguna di Malaysia pula, HBO Go baru sahaja tiba ke pasaran tempatan. Pada awal ia terhad kepada pengguna Astro dan hanya baru-baru ini ia boleh dilanggan tanpa ada langganan Astro. Jadi tidak pasti jika ia akan ditamatkan atau akan ditukar nama ke HBO dan adakah HBO Max akan tiba ke Malaysia itu juga masih tidak tahu. Persoalan lain yang timbul adalah, adakah pengguna HBO Go di Malaysia boleh terus akses ke HBO Max jika ia tiba ke pasaran sini? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini