Twin Mirror merupakan salah satu permainan seterusnya oleh DONTNOD Entertainment, iaitu pembangun buat siri Life Is Strange.

Bersempena dengan acara PC Gaming Show, DONTNOD Entertaiment dan Bandai Namco memperlihatkan video acah baharu di mana ia sedikit sebanyak mempertontonkan beberapa adegan permainan.

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, permainan asalnya akan dilancarkan tahun lepas namun ditunda sehingga tahun ini. Menurut laporan Eurogamer, permainan ini asalnya dibangunkan secara berepisod, namun kini ia disahkan akan tiba secara penuh.

Twin Mirror disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Manakala versi PC, ia disahkan akan eksklusif di Epic Games Store selama setahun sebelum ia akan tiba di platform lain.

Sohor Kini