Pada lewat minggu lepas, Google secara tidak sengaja membuka akses permainan Gods & Monsters oleh Ubisoft, melalui Stadia buat semua pelanggan.

Walaupun akses tersebut dibuka hanya beberapa minit sahaja, terdapat beberapa pemain yang berjaya bermain permainan tersebut di mana ia kelihatan mempunaui bentuk permainan seakan siri permainan Assassin’s Creed Odyssey dengan rekaan paparan antara muka.

Melalui laporan Eurogamer, Ubisoft menyatakan yang mana demo tertiris tersebut merupakan demo dari acara E3 tahun lepas dan ia asalnya adalah demo khas yang diperlihatkan untuk Media. Namun dari dari segi bentuk permainan, ianya disahkan bukan rekaan akhir.

Selain itu, Ubisoft juga menyatakan yang mana permainan tersebut akan dijenamakan semula dan segala informasi lanjut akan diumumkan kemudian. Kami berasa acara Ubisoft Forward yang akan berlangsung Julai ini akan memperlihatkan permainan ini.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini