Ketika acara PlayStation 5 pada Jumaat lepas, Insomniac Games dan Sony Interactive Entertainment mengumumkan permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan dilancarkan di konsol tersebut.

Akan tetapi, sejak pengumumannya, ramai agak musykil dengan pelancaran permainan tersebut sama ada ia adalah satu permainan pernambahan ataupun sekuel kepada permainan Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan sebelum ini.

Untuk menjelaskan keadaan tersebut, Insomniac Games minggu ini mengesahkan ia adalah satu permainan penuh kendiri berdasarkan dunia permainan Marvel’s Spider-Man.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami di Aksiz boleh simpulkan yang mana permainan ini mungkin akan mempunyai konsep dan keluasan seperti permainan Infamous: First Light ataupun Uncharted: Lost Legacy di mana kedua-dua permainan tersebut merupakan permainan sampingan penuh kendiri berdasarkan siri utama masing-masing.

Semestinya dengan pelancaran di konsol PlayStation 5, seperti yang dijanjikan oleh Insomniac Games sebelum ini, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales ini pasti akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan visual dengan sokongan prestasi oleh konsol generasi seterusnya tersebut.

Sohor Kini