Arc System Works minggu ini mengumumkan yang mana watak Ramlethal Valentine disahkan akan tiba di permainan perlawanan Guitly Gear Strive. Pengumuman ini dilakukan ketika acara IGN Summer Of Gaming dan menurut Arc System Works, mereka akan memperkenalkan lebih banyak watak menjelang Ogos ini.

Ramlethal Valentine merupakan watak yang mula diperkenalkan di permainan Guilty Gear Xrd -Sign- di mana beliau mempunyai dua pedang besar. Video acah di atas turut memperlihatkan gaya permainan beliau di mana beliau keliahtan mempunyai serangan yang sangat berkuasa dan laju walaupun menggunakan dua pedang besar.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Guilty Gear Strive ditunda sehingga awal tahun hadapan dan ia bakal tiba di PlayStation 4.

Sohor Kini