Tahun lepas, Red Barrels mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan The Outlast Trials di mana ia akan memfokuskan bentuk permainan secara koperasi. Terkini ketika acara PC Gaming Show, mereka akhirnya memperlihatkan video acah permainan tersebut dan mengesahkan ia akan tiba pada 2021 ini.
The Outlast Trials merupakan permainan seram yang memfokuskan bentuk koperasi sebanyak 4 pemain serentak. Melaluinya, pemain perlu bekerjasama untuk melarikan diri sebelum ditangkap oleh ‘musuh’.
Permainan ini memfokuskan era peperangan dingin iaitu sekitar pertengahan tahun antara 1947 sehingga 1991. Berdasarkan video acah yang diperlihatkan di atas, semestinya ia memaparkan bentuk permainan yang sangat menggerunkan.
The Outlast Trials akan tiba di PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 2021 ini.