Skip to main content

Bandai Namco minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi akses percuma buat permainan Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON bermula 20 Jun ini. Akses ini membenarkan pemain untuk bermain permainan ini secara percuma sehingga ia dilancarkan kelak pada 30 Julai 2020 ini.

Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost On merupakan permainan pertempuran berdasarkan siri Gundam, di mana melalui permainan ini, ianya akan sertakan 185 Mobile Suits yang terdiri daripada 36 siri dari Mobile Suit Gundam sehinggalah Mobile Suit Gundam AGE. Ia sebelum ini telah pun dilancarkan melalui versi Arked dan kini ia akan tiba di konsol PlayStation 4 menjelang Julai ini.

Menurut Bandai Namco, akses terbuka ataupun percuma ini akan diadakan secara berjadual sebanyak 6 kali bermula hujung minggu hadapan selama 12 jam bermula 11 pagi sehingga 11 pagi berikutnya. Berikut adalah senarai jadual akses tersebut:

  • 20 (11 pagi) sehingga 21 Jun (11 pagi)
  • 27 (11 pagi) sehingga 28 Jun (11 pagi)
  • 4 (11 pagi) sehingga 5 Julai (11 pagi)
  • 11 (11 pagi) sehingga 12 Julai (11 pagi)
  • 18 (11 pagi) sehingga 19 Julai (11 pagi)
  • 25 (11 pagi) sehingga 26 Julai (11 pagi)

Akses percuma ini akan membenarkan pemain untuk bermain kesemua 185 unit Mobile Suits dan 36 peringkat permainan. Ianya jgua akan sertakan 3 mod yang boleh dimainkan iaitu mod secara atas talian antara pemain mencari lobi, mod kasual dan juga mod luar talian.

Selain itu, Bandai Namco juga umum jika pemain membuat pra-tempahan permainan ini secara digital, mereka juga turut akan menyertakan akses awal ataupun percuma ini dengan lebih lama sehingga 24 jam di mana berikut adalah jadual tambahan buat pelanggan yang membuat pra-tempah:

  • 21 Jun (11 pagi) sehingga 22 Jun (11 pagi)
  • 28 Jun (11 pagi) sehingga 29 Jun (11 pagi)
  • 5 Julai (11 pagi) sehingga 6 Julai (11 pagi)
  • 12 Julai (11 pagi) sehingga 13 Julai (11 pagi)
  • 19 Julai (11 pagi) sehingga 20 Julai (11 pagi)
  • 26 Julai (11 pagi) sehingga 27 Julai (11 pagi)

Akses ini tidak memerlukan pemain untuk melanggan PlayStation Plus untuk bermain dan Bandai Namco menyatakan segala kemajuan tidak akan di bawa ke permainan penuh.

Selain itu, Bandai Namco juga umum versi Collector khas buat permainan ini yang mana mereka akan menyertakan kit model Gunpla HG1/144 Extreme Gundam & Eclipse-F Parts (EXVS. 10th ANNIVERSARY COLOR Ver.)

Selain itu, kandungan Premium Sound Edition juga diumumkan yang mana ia akan tiba buat mereka yang membeli edisi terhad dan edisi Deluxe dan ia akan menyertakan pelbagai muzik dan lagu daripada siri anime Gundam. Pemain juga akan mendapat kod khas untuk unit tambahan iaitu Gundam Barbatos Lupus Rex dan tema khas PlayStation 4 seperti yang diumumkan sebelum ini.

Mobile Suit Gundam Extreme VS. Maxiboost ON akan tiba di konsol PlayStation 4 pada 30 Julai 2020 ini.

Leave a Reply